Saturday, January 8, 2022

KONSEP PENILAIAN

Posted by Cikgu Jusren, Cikgu Lozinah, Cikgu Vezlin with No comments

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing-masing. 
  • Menurut Jamila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. 
  • Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada telah mencapai objektif atau tidak. 
  • D.Stuflebeam,dalam bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt yang berguna untuk  membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya. 
Kesimpulannya, Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat perancangan yang lebih berkesan.  Penilaian ini juga dilakukakan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar. 

Penilaian adalah salah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara lebih berkesan.


👍Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengayaan untuk pelajar-pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut keupayaan mereka dalam bidang tersebut
 
Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yang disampaikan itu difahami oleh pelajar. Hal ini dapat dilihat setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku. Proses penilaian ini akan membabitkan banyak perkara kerana ia merangkumi dalamnya proses ”ujian”, peperiksaan, pengukuran yang bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Pada masa yang sama penilaian ini juga dapat memperbaiki rancangan pengajaran, kurikulum, kelemahan dan membuat ramalan terhadap pembelajaran yang dijalankan.


KONSEP PENILAIAN

Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. 

👍Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapati kurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan. 

PENILAIAN SECARA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)



A) KONSEP PBD

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan danpenguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yangberterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arahmenambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaranyang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yangditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibubapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan.

PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif, iaitu:
Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment For Learning)
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment As Learning)

Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD membolehkan murid, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah mengetahui kualiti pembelajaran murid. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran TentangPembelajaran (Assessment Of Learning). PBD melibatkan Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Pentaksiran Sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran seperti rajah berikut.


Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran juga dirujuk sebagai pentaksiran formatif. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka. Berdasarkan tujuan ini, pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran diagnostik.

Satu contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab yang dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan soal-jawab itu adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan nilai murid. Maklumat yang diperoleh dari aktiviti soal-jawab itu membantu guru meneruskan PdP dan merancang pelaksanaan PdP seterusnya.

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan menilai perkembangan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan mereka memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan bagi menguasai sesuatu objektif pembelajaran. Pentaksiran sebagai pembelajaran terdiri daripada pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Maklumat dari pentaksiran ini memberi petunjuk kepada murid tentang tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran.

Contoh pentaksiran sebagai pembelajaran ialah murid membina peta konsep tentang apa yang telah dipelajari bagi mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan semasa. Ini membolehkan mereka memahami apa yang perlu dicapai dan apa yang patut dilakukan bagi mencapainya. Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan pemikiran
metakognisi iaitu memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara mereka belajar.

i.Pentaksiran Kendiri
Pentaksiran kendiri berlaku apabila murid menilai kerja mereka sendiri berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas bagi tujuan meningkatkan prestasi masa hadapan. Pentaksiran kendiri merupakan kaedah pentaksiran yang berkesan untuk menilai tahap pembelajaran akademik murid pada akhir tempoh pengajaran.

Kaedah pentaksiran ini menggalakkan murid untuk lebih melibatkan diri dan bertanggungjawab dalam pembelajaran sendiri, di samping memupuk minat mereka dalam pembelajaran. Kaedah pentaksiran ini dapat membantu murid untuk memikir dan menilai prestasi, tahap penguasaan, kemajuan, pencapaian, kekuatan dan kekurangan diri sendiri secara refleksi.

Bentuk-bentuk pentaksiran kendiri ialah:
 Rancangan/diari mingguan murid
 Soal selidik
 Portfolio
 Pemarkahan kerja sendiri dengan merujuk kepada kriteria tertentu
 Helaian pentaksiran kendiri yang membolehkan murid memberi ulasan tentang hasil kerja/prestasi mereka sendiri
 Maklum balas secara lisan di dalam kelas
 Perbincangan secara berkumpulan atau individu
 Kenyataan peribadi untuk kad laporan atau rekod penguasaan
 Persediaan dan perancangan ke arah hasil kerja yang muktamad
 Analisis kriteria dan keupayaan pentaksiran murid untuk menghubungkaitkannya dengan tugas mereka sendiri 

ii.Pentaksiran Rakan Sebaya
Pentaksiran rakan sebaya memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan, berkomunikasi antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. Kaedah ini dapat meningkatkan motivasi murid dalam proses pembelajaran dan melahirkan rasa kepunyaan terhadap proses pentaksiran.

Dalam kaedah ini murid berpeluang membuat pentaksiran yang sewajarnya terhadap rakan sebaya. Di samping itu, ia membolehkan guru menilai murid dari segi kemahiran berkomunikasi dan sosialisasi semasa mereka berinteraksi sesama rakan sebaya dalam kerja berpasukan.

Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran tentang pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Lazimnya pentaksiran tersebut berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Pentaksiran tentang pembelajaran juga boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil projek. Maklumat dan data yang diperoleh dari ujian sumatif atau pentaksiran tentang pembelajaran ini seharusnya ditangani secara positif dalam proses pembelajaran murid.

Semua data pentaksiran bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid. Tujuan data atau skor ujian sumatif ini perlu digunakan untuk membantu guru, ibu bapa dan pihak sekolah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. Di samping itu, guru juga menggunakan data untuk merancang dan melaksanakan strategi yang lebih konstruktif dan bermakna dalam menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran, memajukan pembelajaran mereka pada masa hadapan, seterusnya meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Ianya bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid. Maklumat dan data dari pentaksiran sumatif ini juga boleh menjadi petunjuk asas kepada pencapaian
murid terhadap sesuatu tajuk sebelum beralih kepada tajuk atau pelajaran seterusnya.

OBJEKTIF PBD
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru. Melalui PBD, guru dapat:
 mengesan pengetahuan sedia ada murid
 mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
 mengetahui keberkesanan PdP
 merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
 menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Melalui PBD, murid dapat:
 mengesan perkembangan diri
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
 meningkatkan pencapaian pembelajaran

CIRI PBD
Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam PBD. PBD yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat diatasi dengan segera. PBD dilaksanakan berasaskan kepada beberapa ciri utama seperti dinyatakan dalam rajah berikut.


ASPEK YANG DITAKSIR
Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Contoh aspek yang ditaksir ialah:
 Pengetahuan
 Kemahiran berfikir
 Kemahiran berbahasa
 Kemahiran mengira
 Kemahiran belajar
 Kemahiran bersosial
 Kemahiran manipulatif
 Kemahiran amali
 Kemahiran kinestatik
 Kreativiti
 Kesihatan dan kecergasan
 Amalan nilai murni
 Sikap


0 comments:

Post a Comment