Saturday, January 8, 2022

PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN DALAM PdP MATEMATIK

Posted by Cikgu Jusren, Cikgu Lozinah, Cikgu Vezlin with No comments

Dalam pembinaan instrumen yang bermutu memerlukan penguasaan isi kandungan mata pelajaran dan kefahaman yang tinggi terhadap konsep pengujian agar item yang dihasilkan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur.

 
Dengan itu dalam pembinaan instrumen ini ia memerlukan item iaitu alat yang digunakan untuk mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara pemberian skornya. Konstruk pula adalah perkara yang hendak ditafsir yang melibatkan dimensi manusia dalam bentuk konkrit seperti tinggi dan berat atau yang berbentuk abstrak iaitu pengetahuan, kemahiran, dan sikap. Konstruk dibangunkan hasil daripada pembelajaran sesuatu mata pelajaran dan berpandukan kurikulum. Konstruk inii dklasifikasikan kepada 3 iaitu :-
 
😃Pengetahuan - Fakta, teori, terminologi, peraturan, kaedah
😀Kemahiran - Kemahiran intelektual, menyelesaikan masalah, menyiasat, amali
😀Nilai & Sikap - Menghargai, Tanggungjawab

Dalam pembinaan item instrumen ia memerlukan 4 aspek :-
 
😄Rangsangan - Melibatkan maklumat khusus di mana sesuatu soalan itu didasarkan. Contohnya, rangsangan berbentuk petikan, pernyataan, gambar rajah, carta aliran, perbualan dan lain-lain.
😄Tugasan - Pernyataan tentang apa yang perlu dipersembahkan atau diberikan oleh calon sebagai respons kepada item.
😄Arahan - Pernyataan tentang bagaimana harus respons itu disampaikan.
😄Skema Penskoran - Panduan tentang bagaimana harus skor diberikan kepada pelbagai jawapan  yang diterima.


Terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dipatuhi dalam menghasilkan instrumen kajian yang baik iaitu :-

i) Keakuran 

Yang mana ia dibahagikan kepada 3 jenis iaitu akur kurikulum, akur peluang,akur spesifikasi. Akur Kurikulum ini memastikan perkara yang ditaksir mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum. Aspek ini penting agar kesahan kurikulum item tidak dipertikaikan. Akur Peluang pula melibatkan kelengakapan fasiliti, kehadiran pelajar dan kepakaran pengajar dalam menyampaikan ilmu yang ditaksir kepada calon/pelajar. Manakala akur spesifikasi pula melibatkan pematuhan spesifikasi yang disediakan untuk mengawal ujian dari segi idea dan kandungan.

ii) Ketepatan dan kejelasan

Penting agar respon atau eviden yang diberi oleh calon menepati apa yang hendak ditaksir.
 
Ketepatan boleh dilihat dalam 2 aspek iaitu :-
👉   Tepat dengan konstruk iaitu item yang dibina perlu mengikut konstruk yang ditetapkan
👉Tepat dengan tajuk/ konteks iaitu item yang dibina mesti mengambil kira pengetahuan,pengalaman, persekitaran yang biasa bagi calon. Jika tidak, calon mungkin tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan.


Kejelasan pula melibatkan penyusunan perkataan atau ayat atau gambar yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh calon serta bagaiman jawapan harus dipersembahkan. Maka dengan aspek kejelasan ini perlu dipatuhi :-
👉 Keboleh bacaannya yang mana kandungan item mestilah mempunyai idea asal atau asli dan bukan diplagiat dan mudah difahami oleh semua orang
👉  Kejelasan exspresi - item mestilah jelas dari segi persembahan dan mudah difahami,
👉  Ketekalan bentuk - item hendaklah mempunyai bentuk persembahan yang sama diantara satu sama yang lain.

iii) Kesesuaian

Melibatkan 3 jenis kesesuaian iaitu :-
👉Sesuai kesukaran yang mana merujuk kepada tahap pencapaian pelajar.
👉Sesuai penting yang mana memastikan idea,isi kandungan atau hal yang diketengahkan dalam item merupakan perkara penting dalam pembelajaran.
👉Sesuai adil yang mana sesuatu item itu akan memberi faedah secara sistematik kepada golongan tertentu.


PANDUAN PENULISAN ITEM INSTRUMEN
  • Mengenalpasti konstruk yang perlu ditaksir
  • Mengenalpasti tajuk/konteks dimana pengukuran konstruk itu dilakukan
  • Tentukan perkara berkenaan terdapat dalam kurikulum
  • Pastikan pelajar suda mempelajarinya
  • Pastikan mematuhi spesifikasi

Mengenalpasti aras kesukaran item ujian yang akan digunakan.
  • Tugasan ini mestilah boleh mendapatkan respons yang dapat membezakan pelbagai tahap pencapaian pelajar.
  • Perkara yang disoal mestilah yang penting dalam pembelajaran
  • Prihatin dengan keadilan yang bermaksud semua golongan mendapat faedah sama rata.
  • Elakkan penggunaan rangkai kata atau ayat dari buku tekas secara langsung.
  • Setiap item ujian perlu pendek dan padat di samping mengutamakan kejelasan item.
  • Elakkan pengunaan istilah yang tidak jelas.

PANDUAN PENULISAN STIMULUS/ RANGSANGAN
  • Mestilah mengandungi semua maklumat yang perlu untuk menjawab soalan. Sebagai contohnya rangsangan harus mengandungi maklumat berkaitan tugasan item dan seringkas yang mungkin
PANDUAN PENULISAN STEM/ TUGASAN
  • Elakkan soalan negatif, boleh dinyatakan dalam bentuk soalan, pernyataan dan tugasan ataupun arahan.

JENIS-JENIS ITEM INSTRUMEN
a) Item Objektif
  • Jenis Bekal (Supply Tea) - Item ujian yang terdiri daripada ayat atau pernyataan yang perlu dilengkapkan dengana satu atau beberapa perkataan ditempat yang dikosongkan. Ia memerlukan pelajar menulis respon sendiri. Item bekal ini boleh dibahagikan kepada :-
            👉isi tempat kosong
            👉melengkapkan ayat
            👉melengkapkan rajah.
  • Item Jenis Pilih -Memerlukan calon memilih jawapan daripada jawapan yang disediakan.
  • Item Padanan
  • Item aneka pilihan -Mudah difahami dan bersifat tidak memerangkap
  • Item Aneka gabungan

 b) Item Subjektif
👍Item yang mempunyai respon terbuka
👍Tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif
👍Dapat mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan,menilai dan membuat keputusan,yang memerlukan kemahiran berfikir.
👍Memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek
👍Membolehkan calon mempamerkan keupayaan mengemukakan pandangan, hujah dan lain-lain kemahiran berfikir.

Jenis Item Subjektif
  • Item respons terbuka - Tiada jawapan khusus, bebas menyusun jawapan,menguji kefahaman dan kemahiran idea dan pendapat calon mengenai sesuatu topik, sesuai untuk menguji pemikiran tahap tinggi.
  • Item respons terhad - Menghadkan respons pelajar terhadap item yang disoal. Jawapan pendek.
  • Item berstruktur -  Soalan dikemukakan secara berperingkat dan berkaitan antara satu sama lain, mengandungi stimulus, stem soalan dan set soalan.
Setelah semua instrumen item ditentukan maka proses penilaian item akan dilakukan iaitu dengan memastikan 9 aspek dipatuhi :

1. Konstruk

2. Tajuk / Konteks

3. Komponen item

4. Kesukaran

5. Kepentingan

6. Kedilan

7. Kurikulum

8. Spesifikasi

9. Peluang


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

  • Merupakan satu senarai/blueprint/kerangka yang menghuraikan aspek pencapaian yang hendak diukur.
  • Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan kandungan pengajarandengan objektif pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh murid, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
  • Ujian yang dilakukan haruslah mewakili keseluruhan Sukatan Pelajaran yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.

KEPENTINGAN
👍ujian yang dibina adalah setara dari segi aras kesukaran dari setahun ke setahun walaupun item dibina oleh pembina lain.
👍Mengenalpasti dan menetapkan jenis dan ciri item yang perlu dibina
👍Kertas ujian dapat digubal secara sistematik
👍Kesahan dari segi persampelan Sukatan Pelajaran adalah terjamin
👍Memastikan taburan soalan mengikut tajuk dan seimbang
👍Mengkaji semula kertas soalan


Langkah (5)
  • Mengkaji sukatan pelajaran - Guru meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam Sukatan Pelajaran untuk menentukan kepentingannya dari beberapa aspek seperti skop pengajaran bagi sesuatu tajuk,pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran, kepentingan bandingan di antara tajuk-tajuk, aras kesukaran, masa pengajaran yang diperuntukan bagi sesuatu subjek.
  • Menganalisis objektif pengajaran - Perlu dilakukan untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran serta tahap kesukaran yang perlu diuji. Melibatkan aspek penting seperti kognitif dan peningkatannya yang berkait kepintaran akal, menaakul, kemahiran verbal, kebolehan numerik am, dan kemahiran menyelesaikan masalah. 
  • Menentukan jenis soalan - Dilakukan berdasarkan kepada mata pelajaran, tajuk, aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom yang akan digubal sama ada dalam bentuk item objektif , subjektif atau esei.
  • Menentukan bilangan soalan - Bilangan soalan bergantung kepada kandungan pelajaran,aras kemahiran berdasarkan tempoh mengajar,kepentingan sesuatu kemahairanitu diajar.
  • menentukan wajaran aras kesukaran soalan - Aras kesukaran soalan pula dibahagikan kepada 3 iaitu mudah, sederhana dan sukar dengan pemberatan 20% hingga 80% mengikut keperluan dan matlamat sesuatu ujian atau peperiksaan yang hendak dilaksanakan.






0 comments:

Post a Comment