Saturday, January 8, 2022

INSTRUMEN PENILAIAN PdP MATEMATIK

Posted by Cikgu Jusren, Cikgu Lozinah, Cikgu Vezlin with No comments

 Terdapat beberapa alat penilaian antaranya ialah :-

 
a) Ujian - seperti yang telah dibincangkan di awal penulisan ini.
 

b)Kaedah Pemerhatian - Boleh dilakukan secara tidak berstruktur/rekod anekdot iaitu catatan ringkas mengenai tingkah laku murid yang dianggap penting untuk direkod samaada positif atau negatif ataupun berstruktur/senarai semak iaitu melibatkan senarai semak tingkah laku murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

c)Kaedah temu bual - Boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu berstruktur yang melibatkan soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal. Seterusnya separa berstruktur yang hanya menyediakan soalan utama dan terdapat soalan susulan berdasarkan jawapan daripada responden. Yang ketiga adalah jenis tidak berstruktur iaitu temu bual dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka yang bertujuan untuk meneroka idea atau perasaan responden.


d)Soal selidik - Penyediaan satu set soalan dan diberikan bepada responden bagi mendapatkan maklum balas isu yang sedang dikaji.

e)Rubrik - Rubrik membolehkah guru menilai prestasi pelajar di atas kertas,projek,esei,dan tugas lain. Standard rubrik membolehkan guru menilai berdasarkan kriteria tertentu,membuat pemarkahan dengan lebih muda dan lebih telus. Rubrik dibahagikan kepada 2 iaitu rubrik umum yang melibatkan penilaian kemahiran dan sub kemahiaran yang umum. Contohnya bertutur dengan jelas menggunakan intonasi yang dan sebutan yang betul. Manakala rubrik khusus pula adalah untuk menilai subkemahiran yang terkecil. Contohnya bertutur menggunakan sebutan baku yang betul.


Walau bagaimanapun, terdapat juga instrumen alternatif lain yang boleh digunakan oleh guru dalam penilaian seperti :-
 
👍Poster - Merupakan kaedah efektif yang melihat pemahaman pelajar tentang kandungan yang kompleks dan hubung kait antara komponen yang dipelajari. Tugasan ini baik dilaksanakan dalam kumpulan bagi membolehkan pelajar menilai hasilan dan membandingkan dengan hasilan pelajar lain. Contohnya wang pelbagai negara.
👍Persembahan - Menggalakan komunikasi yang lebih baik dan membolehkan pentaksiran rakan sebaya serta membantu guru dalam menyediakan eviden sampingan dalam penskoran. Contohnya,mempersembahkan dapatan daripada tugasan projek.
👍Ulasan artikel - Tugasan ini menggalakan pemikiran analitikal dan menilai. Contohnya memberi artikel berkaitan dengan topik pemahaman untuk pembacaan dan mengulas artikel tersebut.
👍Peta Konsep - Menentukan sama ada pelajar dapat mengenal pasti kunci utama dalam sesuatu konsep atau sistem. Teknik ini berkesan dalam menjelamakan pengetahuan pelajar tentang hubungan konseptual. Contohnya menerangkan konsep algebra.
👍Main Peranan - Pelajar mengambil bahagian menjadi watak tertentu dalam sesuatu situasi dan memainkan watak tersebut. Dalam aspek ini,guru dapat mengenal pasti pengetahuan pelajar dari sudut perpektif yang berbeza. Contohnya lakonan jual beli di kelas.
👍Projek - Merupakan tugasan yang autentik & kompleks yang mana memerlukan pelajar menggunakan beberap konsep dan kemahiran untuk menyelesaikan tugasan.Contohnya memcipta sesuatu daripada bentuk-bentuk 3D.
👍Portfolio - Meminta pelajar membuat buku skrap untuk satu topik yang telah dipelajar. Sebagai contohnya mencari dan merekodkan bentuk 3D dalam kehidupan seharian.


Bagi melihat contoh instrumen penilaian yang boleh dilaksanakan dalam PdP Matematik, klik pada pautan http://bpk.moe.gov.my/


0 comments:

Post a Comment